Qurban For Life 1430/2009 sudah dibuka!

penerima anak-anak yatim dan miskin di Kupang Kedah

Alhamdulillah, hasil ibadah Qurban anda bersama Program Qurban For life (Q4L) Muslim Aid Asia pada tahun lepas (1429/2008), ramai golongan yang memerlukan seperti mangsa gempa bumi Pakistan, golongan kebuluran di Sudan dan Somalia, mangsa banjir Yaman dan mangsa perang di Gaza serta anak-anak yatim dan golongan miskin dan susah di Malaysia telah mendapat bantuan tin daging qurban ini. InsyaAllah tahun ini 1430/2009 Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia kembali lagi sebagai wadah untuk anda melakukan ibadah Qurban.

Seperti tahun-tahun lepas, pihak Muslim Aid masih menawarkan harga RM350 untuk satu bahagian qurban penuh. Ini termasuk bagi harga seekor kambing biri-biri, penyembelihan, proses masakan, pengetinan, penghantaran dan pengagihan.

Dalam melaksanakan program Q4L ini, anda mendapat jaminan bahawa syarat-syarat sah qurban dipenuhi mengikut hukum syara'
  • Kami melaksanakan penyembelihan pada hari yang ditetapkan semasa EidilAdha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)
  • Penyembelihan dilakukan dipusat-pusat yang bertauliah dan diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • Binatang peliharaan juga adalah yang terpilih khas untuk qurban
Penyembelihan ini dilakukan di rumah-rumah penyembelihan terpilih di Australia yang diiktiraf oleh JAKIM dan diawasi ketat oleh Muslim Aid Australia, sebuah organisasi kebajikan yang diiktiraf oleh Persekutuan Majlis Agama Islam Australia. Muslim Aid Australia juga adalah merupakan penandatangan kepada peraturan dalam Kod Tatacara Majlis Pembangunan Antarabangsa Australia (ACFID). Pematuhan secara sukarelawan ini menunjukkan komitmen Muslim Aid terhadap amalan beretika dan tanggungjawab kepada masyarakat.

Untuk menyertai, klik sini
atau
Hubungi kami di sini

Read more...

Program Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (828744-M)
8-1-2 Menara Mutiara Bangsar, Jalan Liku, 59100, Kuala Lumpur
Tel: 03-2288 1996
Fax: 03-2288 1966
Website: www.muslimaidasia.com
Email: mail@muslimaidasia.com

Blogger templates made by AllBlogTools.com

Back to TOP