Qurban For Life 1432/2011 kini dibuka!
Alhamdulillah, hasil ibadah Qurban anda bersama Program Qurban For life (Q4L) Muslim Aid Asia pada tahun lepas (1431/2010), ramai golongan yang memerlukan seperti mangsa gempa bumi Pakistan, golongan kebuluran di Sudan dan Somalia, mangsa banjir Yaman dan mangsa perang di Gaza serta anak-anak yatim dan golongan miskin dan susah di Malaysia telah mendapat bantuan tin daging qurban ini. InsyaAllah tahun ini 1432/2011 Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia kembali lagi sebagai wadah untuk anda melakukan ibadah Qurban.
Pihak Muslim Aid kini menawarkan harga RM380 untuk satu bahagian qurban penuh. Ini termasuk bagi harga seekor kambing biri-biri, penyembelihan, proses masakan, pengetinan, penghantaran dan pengagihan.
Dalam melaksanakan program Q4L ini, anda mendapat jaminan bahawa syarat-syarat sah qurban dipenuhi mengikut hukum syara'
- Kami melaksanakan penyembelihan pada hari yang ditetapkan semasa EidilAdha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)
- Penyembelihan dilakukan dipusat-pusat yang bertauliah dan diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Binatang peliharaan juga adalah yang terpilih khas untuk qurban
Untuk menyertai, klik sini
atau
Hubungi kami di sini













