Mengapa Q4L?
Pada zaman sekarang terdapat pelbagai program qurban yang dijalankan seperti di surau-surau dan masjid. Namun begitu, pihak Muslim Aid telah memberi satu alternatif dimana orang ramai dapat menjalankan ibadah qurban dengan lebih baik dan bermakna.
Antara kelebihan Q4L:
- daging qurban ditinkan agar tahan lama dan dapat mengelak daripada pembaziran daging mentah
- daging qurban yg ditinkan ini diagih-agihkan kepada saudara seagama kita yang memerlukan seperti anak2 yatim, fakir miskin, golongan OKU, ibu tunggal dan warga emas di Malaysia, mangsa bencana, perang dan kebuluran di luar negara seperti Gaza, Pakistan, Somalia dan Sudan.
- kambing biri-biri yang gemuk dan sihat dari Australia dipilih mengikut kualiti yang ditetapkan untuk ibadah qurban.
- kos RM380 sudah termasuk harga bagi seekor kambing, penyembelihan, proses, masak, pengetinan dan pengagihan
- setiap penyertaan qurban akan diberi resit pengecualian cukai serta sijil penyertaan (rujukan LHDN: 01/35/42/51/179-6.6487, tarikh kuatkuasa 15 Jan 2009)
- mendapat pengiktirafan JAKIM dan Persekutuan Majlis Agama Islam Australia












